Arahan:
A Inventori Personaliti Sidek ini mengandungi 160
pernyataan. Bermula dengan nombor satu, rekodkan jawapan anda pada
borang jawapan yang disediakan.
B. Jika
pernyataan itu menerangkan diri anda, hitamkan (Y) dan jika tidak menerangkan
diri anda, hitamkan (T) pada borang jawapan yang disediakan.
C. Jika
anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu
menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling
selesa. JAWAB SEMUA SOALAN.
Bil. |
Item |
Ya |
Tidak |
1. |
Selesa memberitahu
kawan-kawan mengenai apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran saya |
|
|
2. |
Lebih suka bekerja
dengan idea-idea dari bekerja dengan data dan benda |
|
|
3. |
Suka melakukan sesuatu
mengikut cara saya sendiri dari mengikut struktur yang telah ditetapkan |
|
|
4. |
Merasa selamat
bila saya tahu orang yang saya percayai berada di samping saya |
|
|
5. |
Suka menghadiri
majlis-majlis kenduri dan perkahwinan |
|
|
6. |
Suka membuat
kritikan yang membina mengenai apa-apa sahaja bahan yang saya baca |
|
|
7. |
Lebih selesa
tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran tetangga |
|
|
8. |
Sukakan suasana
kehidupan yang berubah-ubah. |
|
|
9. |
Tidak mudah keciwa
apabila berhadapan dengan masalah-masalah yang rumit |
|
|
10. |
Selalu mengelak
dari bertanya kerana takut akan salah |
|
|
11. |
Mempunyai
keinginan supaya orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin |
|
|
12. |
Menolong sedaya
upaya kawan-kawan yang menghadapi masalah |
|
|
13. |
Mengharapkan
sanjungan dari kawan-kawan untuk mengelakkan diri dari rasa tertekan |
|
|
14. |
Suka kepada
kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas |
|
|
15. |
Mengharapkan
supaya orang lain menganggap saya sebagai seorang yang amat berjaya |
|
|
16. |
Setakat ingatan
saya, saya tidak pernah meradang dengan sesiapa |
|
|
17. |
Selesa meminta pertolongan dari kawan-kawan
dan ahli-ahli profesional bila
menghadapi masalah |
|
|
18. |
Memikirkan secara
kritikal setiap perkara yang
saya buat dan
lihat |
|
|
19. |
Memikirkan
sendiri cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi |
|
|
20. |
Mengelak
dari memperkatakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan orang lain marah |
|
|
21. |
Suka berucap semasa berada di dalam kumpulan
besar |
|
|
22. |
Suka memikirkan
masalah-masalah yang rumit dan mencabar |
|
|
23. |
Seringkali
memendamkan perasaan saya agar tidak diketahui oleh orang lain |
|
|
24. |
Tidak suka terikat
dengan jadual yang ketat untuk aktiviti-aktiviti masa lapang |
|
|
25. |
Selalu tidur lewat
untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah dimulakan |
|
|
26. |
Merasa keciwa
bila memikirkan diri saya tidak berupaya mengawal keadaan |
|
|
27. |
Selalu membuat
keputusan-keputusan penting bersendirian tanpa mengharapkan bantuan orang
lain |
|
|
28. |
Tidak sampai hati
melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili |
|
|
29. |
Ingin supaya orang
lain bersimpati dengan masalah hidup yang saya alami |
|
|
30. |
Suka melakukan
sesuatu kerja dengan kemas dan
teratur |
|
|
31. |
Beranggapan adalah
penting mempunyai pekerjaan di mana orang lain tidak berupaya melakukannya |
|
|
32. |
Saya tidak pernah
mengumpat tentang diri seseorang |
|
|
33. |
Selesa meminta kembali barang-barang yang telah
dipinjam oleh kawan |
|
|
34. |
Berminat membaca buku-buku bercorak akademik,
falsafah dan psikologi |
|
|
35. |
Akan
menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat demikian |
|
|
36. |
Selalu memihak
kepada kumpulan yang mendapat suara majoriti |
|
|
37. |
Percaya bahawa
diri saya adalah seorang yang peramah dan mudah mesra |
|
|
38. |
Lebih selesa
berdampingan dengan orang yang intelek berbanding orang yang praktikal |
|
|
39. |
Jarang bercakap di
dalam sesuatu sesi perbualan atau perbincangan |
|
|
40. |
Merasa seakan-akan
berminat kepada semua perkara |
|
|
41. |
Akan menyelesaikan
sesuatu kerja sebelum memulakan kerja-kerja yang lain |
|
|
42. |
Percaya bahawa
orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik daripada saya |
|
|
43. |
Lebih suka menjadi
ketua dari menjadi pengikut |
|
|
44. |
Sedia memberi
pertolongan kepada orang lain tanpa mengira pertolongan itu dihargai atau
tidak |
|
|
45. |
Selalu
menceritakan masalah-masalah peribadi saya kepada orang lain |
|
|
46. |
Suka kepada
aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang terperinci |
|
|
47. |
Mencuba
bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja kerja |
|
|
48. |
Saya tidak pernah
memecahkan rahsia kawan-kawan saya |
|
|
49. |
Mudah berang
apabila kerja yang saya lakukan tidak menjadi |
|
|
50. |
Berminat untuk
mencipta idea-idea dan teori-teori baru yang berhubung dengan manusia |
|
|
51. |
Tidak mengharapkan
orang lain membantu menyelesaikan
kerja-kerja saya |
|
|
52. |
Suka menerima
pimpinan orang lain |
|
|
53. |
Mudah memulakan
perbualan dengan orang-orang yang belum saya kenali |
|
|
54. |
Suka menyelesaikan
masalah-masalah yang dihadapi melalui kajian dan penyelidikan |
|
|
55. |
Mengelak daripada
bercakap dengan orang lain melainkan jika ditegur terlebih dahulu |
|
|
56. |
Merasa bosan
bila tiada kerja-kerja baru yang boleh
dibuat |
|
|
57. |
Akan meneruskan
kerja-kerja yang susah walaupun peluang untuk berjaya adalah tipis |
|
|
58. |
Rasa tidak puas
hati dengan apa yang telah saya capai dan perolehi sehingga ini |
|
|
59. |
Suka membuat
keputusan untuk kumpulan |
|
|
60. |
Selalu meminjamkan
barang-barang yang saya sayangi kepada kawan-kawan yang memerlukan |
|
|
61. |
Selalu
mengharapkan belaian kasih sayang dan perhatian dari orang lain |
|
|
62. |
Ada jadual makan
dan tidur yang tetap untuk setiap hari |
|
|
63. |
Suka menerima
hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah bagi setiap pencapaian cemerlang yang
saya perolehi |
|
|
64. |
Saya sentiasa
bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya |
|
|
65. |
Akan berterus terang
menyatakan bahawa tingkahlakunya telah menyakitkan hati saya |
|
|
66. |
Suka menganalisis
personaliti individu yang saya temui |
|
|
67. |
Tidak suka dikawal
oleh individu yang mempunyai autoriti |
|
|
68. |
Tidak akan
melanggar peraturan yang telah ditetapkan walaupun saya tidak bersetuju dengan peraturan itu |
|
|
69. |
Cenderung bercakap lebih banyak dari orang lain
apabila berada di dalam sesuatu kumpulan |
|
|
70. |
Suka melibatkan
diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstraks |
|
|
71. |
Suka menghabiskan
waktu petang seorang diri dari berbual dan bermain dengan kawan-kawan |
|
|
72. |
Selalu mengubah
program dan aktiviti yang telah saya rancangkan |
|
|
73. |
Boleh bekerja
dalam satu jangkamasa yang panjang tanpa mudah merasa letih dan jemu |
|
|
74. |
Rasa bersalah
terhadap beberapa perkara buruk yang telah saya lakukan pada
masa lalu. |
|
|
75. |
Akan mengambilalih
tugas kepimpinan apabila suasana berada dalam keadaan tertekan |
|
|
76. |
Gembira
menghabiskan sebahagian dari masa saya membantu menyelesaikan masalah-masalah
sosial |
|
|
77. |
Merasa perlu mencurahkan perasaan yang terkandung di
dalam hati saya kepada kawan-kawan |
|
|
78. |
Menyusun idea dan
pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan perbualan |
|
|
79. |
Berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam apa-apa sahaja aktiviti
yang bercorak pertandingan |
|
|
80. |
Saya tidak pernah
tersinggung apabila ditegur oleh kawan-kawan |
|
|
81. |
Selesa bertanya
apabila arahan yang diberikan oleh
ketua kurang jelas |
|
|
82. |
Suka melibatkan
diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah hidup masyarakat yang
ideal |
|
|
83. |
Suka melakukan
kerja-kerja yang tidak melibatkan arahan, persetujuan dan pendapat orang lain |
|
|
84. |
Meminta pendapat
dan persetujuan orang lain sebelum memulakan sesuatu pekerjaan |
|
|
85. |
Suka kepada
aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai |
|
|
86. |
Selalu
menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca buku-buku yang
bercorak akademik |
|
|
87. |
Suka menyendiri
melayan fikiran |
|
|
88. |
Selesa dalam
menghadapi situasi-situasi baru |
|
|
89. |
Jarang
menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya walau pun saya tidak suka |
|
|
90. |
Merasa diri saya
gagal bila orang lain membuat kerja lebih baik daripada saya |
|
|
91. |
Bercita-cita
menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi |
|
|
92. |
Ingin bergiat
cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu individu yang kurang
bernasib baik |
|
|
93. |
Selalu meminta kepastian
dari orang lain bahawa apa yang saya buat dan katakan adalah betul |
|
|
94. |
Sentiasa menjaga
ruang tempat kerja saya supaya kelihatan bersih dan kemas |
|
|
95. |
Melihat diri saya
sebagai seorang yang bercita-cita tinggi |
|
|
96. |
Saya tidak pernah
berselisih faham dengan sesiapa |
|
|
97. |
Akan terus
bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi |
|
|
98. |
Selalu memikirkan
jalan-jalan penyelesaian kepada bermacam-macam masalah sosial, politik dan
ekonomi |
|
|
99. |
Melakukan sesuatu
mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa orang lain akan kata |
|
|
100. |
Lebih banyak
bertolakansur mengenai sesuatu perkara berbanding dengan orang lain |
|
|
101. |
Selesa bercakap
dengan sesaorang walaupun bertemu buat kali pertama |
|
|
102. |
Suka menulis
ulasan kritikal mengenai buku-buku dan artikel-artikel
bercorak akademik yang saya baca |
|
|
103. |
Merasa gugup
bercakap di hadapan khayalak ramai |
|
|
104. |
Tidak suka tinggal
di sesuatu tempat dalam satu jangkamasa yang lama |
|
|
105. |
Akan meneruskan
kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan, walaupun orang lain telah menarik diri |
|
|
106. |
Merasakan bahawa
kehidupan saya adalah tidak mengembirakan |
|
|
107. |
Selalu
mempengaruhi orang lain supaya menerima pendapat saya |
|
|
108. |
Percaya bahawa
menolong orang lain adalah sama penting dengan menolong diri saya sendiri |
|
|
109. |
Rasa sedih
menghadapi masalah-masalah peribadi bersendirian tanpa sokongan dari
kawan-kawan |
|
|
110. |
Merancang dengan
teliti matlamat yang ingin saya capai
di masa akan datang |
|
|
111. |
Merasakan bahawa
kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk mencuba dengan lebih
bersungguh-sungguh |
|
|
112. |
Sejarah kehidupan
saya sentiasa menyeronokkan dan mengembirakan |
|
|
113. |
Lebih selesa
membuat kerja-kerja yang telah saya rancang
dari membuat kerja yang disuruh oleh orang lain |
|
|
114. |
Berminat mencari
sebab musabab mengenai tingkahlaku dan permasalahan manusia |
|
|
115. |
Selalu bertindak
mengikut keyakinan diri |
|
|
116. |
Merasa perlu
bergantung kepada individu yang saya percayai bagi membentuk nilai-nilai
hidup saya |
|
|
117. |
Lebih selesa
berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali dari duduk seorang diri |
|
|
118. |
Sering memikirkan
sebab-sebab berlakunya masalah di dunia ini serta cara penyelesaiannya |
|
|
119. |
Selalu merasa
bimbang bila bertemu dengan orang yang belum saya kenali |
|
|
120. |
Suka membuat
sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza dari yang lain |
|
|
121. |
Akan menyelesaikan
segala tugas yang diamanahkan kepada saya walaupun saya terpaksa bekerja
lebih masa |
|
|
122. |
Merasakan yang
diri saya patut dihukum kerana telah melakukan sesuatu yang salah |
|
|
123. |
Suka kepada
aktiviti-aktiviti kumpulan di mana saya bertindak sebagai ketua |
|
|
124. |
Mudah mesra dan
mudah membina persahabatan dengan orang lain |
|
|
125. |
Merasa kecewa bila
orang lain tidak menghargai diri saya |
|
|
126. |
Merancang semua
aktiviti-aktiviti supaya ia dapat dijalankan dengan lancar |
|
|
127. |
Mempunyai
keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain |
|
|
128. |
Walaupun
rakan-rakan selalu membuatkan saya ternanti-nanti, saya tidak pernah marah |
|
|
129. |
Agak mudah marah
berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain |
|
|
130. |
Memperuntukkan
masa yang agak banyak bagi memikirkan masalah-masalah rumit yang perlu
diselesaikan |
|
|
131. |
Percaya yang saya
mempunyai hak untuk menentukan sendiri apa yang ingin saya lakukan |
|
|
132. |
Lebih suka meminta
nasihat dari orang lain daripada cuba menyelesaikan masalah saya sendiri |
|
|
133. |
Menganggap diri
saya sebagai orang yang mudah untuk didampingi |
|
|
134. |
Merasakan yang
diri saya lebih berkebolehan membuat sesuatu kerja berbanding dengan
kawan-kawan saya yang lain |
|
|
135. |
Merasa amat sukar
memberitahu orang lain mengenai diri saya |
|
|
136. |
Ingin mencuba
sesuatu sekurang-kurangnya sekali |
|
|
137. |
Bila saya membuat
sesuatu keputusan, jarang sekali saya akan mengubahnya |
|
|
138. |
Percaya bahawa
diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi dari orang lain |
|
|
139. |
Gembira jika saya
terpilih untuk memegang jawatan yang mempunyai autoriti |
|
|
140. |
Percaya bahawa kebanyakan
orang yang saya temui boleh menjadi kawan kepada saya |
|
|
141. |
Ingin supaya diri
saya difahami dan diterima oleh orang lain |
|
|
142. |
Bekerja lebih
efektif mengikut jadual yang telah dirancang terlebih dahulu |
|
|
143. |
Suka mengisi masa
lapang dengan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja yang
mencabar |
|
|
144. |
Saya tidak pernah
bosan melakukan kerja yang berulang-ulang |
|
|
145. |
Suka kepada
perdebatan yang hangat tidak kira sama ada saya menang atau
kalah |
|
|
146. |
Suka membaca
buku-buku yang boleh membantu saya mengenali diri dengan lebih baik |
|
|
147. |
Berpendapat bahawa
apa yang betul dan apa yang salah adalah ditentukan
oleh diri saya sendiri |
|
|
148. |
Tidak akan
memulakan sesuatu kerja bila saya dapati orang lain tidak berminat untuk
melakukannya |
|
|
149. |
Mempunyai ramai
sahabat dan kenalan |
|
|
150. |
Suka berbincang
mengenai konsep-konsep dan idea-idea |
|
|
151. |
Akan mengelak
situasi-situasi yang memaksa saya berhubung dan berinteraksi dengan orang
ramai |
|
|
152. |
Merasa bosan hidup
dalam keadaan yang stabil di sepanjang masa tanpa perubahan |
|
|
153. |
Tidak suka membiarkan
sesuatu kerja terbengkalai tanpa mencari jalan penyelesaiannya segera |
|
|
154. |
Takut akan kecewa
dalam mengharungi hidup |
|
|
155. |
Akan memilih
pekerjaan di mana saya mempunyai tanggungjawab penuh untuk menyelia |
|
|
156. |
Suka melawat
kawan-kawan dan jiran-jiran saya yang sakit |
|
|
157. |
Akan meminta
pertolongan kawan-kawan yang lain apabila menghadapi kebuntuan |
|
|
158. |
Rasa kecewa bila
ada sesuatu yang menganggu perjalanan rangangan saya |
|
|
159. |
Ingin diiktiraf
sebagai seorang yang berpengaruh |
|
|
160. |
Saya tidak pernah
cemburu walaupun kekasih atau orang yang saya sayangi bermesra dengan orang
lain |
|
|